Skuad Prihatin Asnaf ke Taman Ipoh@Ipoh Garden

Skuad Prihatin Asnaf MAIPk telah menyantuni keluarga di Taman Ipoh . Keluarga ini telah terputus belanja apabila ketua keluarganya, En. Rizal tidak lagi berniaga atas faktor kesihatan yang kurang baik akibat menghadapi strok separuh badan. Beliau yang juga mempunyai seorang isteri dan seorang anak hilang punca pendapatan bagi menyara isteri dan anaknya.

Kedatangan Skuad Prihatin Asnaf membantu meringankan beban keluarga ini dengan menyumbangkan bantuan kewangan bagi membolehkan keluarga ini meneruskan kelangsungan hidup.

InsyaAllah, pihak MAIPk akan berusaha membantu keluarga ini.




.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.