Lawatan kerja ke Sabah

Kota Kinabalu - Pada 29 November 2011, seramai 34 orang pekhidmat MAIPk yang diketuai oleh A.F Ustaz Mohd Haidi Bin Sulaiman, Ketua Penolong Setiausaha MAIPk telah mengadakan lawatan kerja ke organisasi pentadbiran Islam di Negeri Sabah iaitu Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Pusat Zakat Sabah, Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah dan Jabatan Hal Agama Islam Negeri Sabah. Tujuan lawatan kerja ini adalah bagi mendapat maklumat mengenai pengurusan hal ehwal Islam, Zakat, Wakaf dan Baitulmal di Negeri Sabah. Di samping itu, lawatan kerja ini juga dapat mempereratkan hubungan silaturrahim di antara pihak MAIPk dengan pihak MUIS.

Majlis taklimat tersebut telah diketuai oleh Tuan Haji Abd. Rashid bin Yusof, Timbalan Setiausaha MUIS dan pegawai-pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dan Pusat Zakat Sabah. Taklimat mengenai pentadbiran dan pembangunan Islam di Negeri Sabah telah disampaikan oleh Tuan Haji Abd. Rashid bin Yusof. Di akhir majlis tersebut, kedua-dua pihak telah bertukar cenderamata sebagai tanda kenangan.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.