Saya Asnaf? Siapakah Asnaf? Kenapa Saya Tidak Layak?

Setiap keputusan yang dibuat ada sebabnya. Dalam pengagihan zakat banyak kriteria yang perlu dilihat untuk memastikan seseorang itu asnaf. Bukan sahaja sekadar dengar secara verbal sahaja tanpa siasatan tetapi, penelitian harus di ambil bagi memastikan pengagihan adalah kepada individu yang benar-benar layak yang termasuk dalam golongan asnaf.

Siapakah asnaf?
Adakah bila seseorang itu menyatakan dia susah, maka agensi zakat boleh masukkan beliau begitu sahaja dalam golongan asnaf?

Marilah sama-samalah kita hayati balik ayat Al-Quran, ayat 60, Surah Al-Taubah yang bermaksud "Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang FAKIR, MISKIN, AMIL (pengurus zakat), para MUALLAF yang dipujuk hati mereka, untuk memerdekakan HAMBA, orang-orang yang BERHUTANG, untuk JALAN ALLAH dan orang-orang yang SEDANG DALAM PERJALANAN,...... "

Dimanakah kita? Fakir? Miskin? Amil? Muallaf? Al-riqab (hamba), Ghorimin? Fisabillillah? Ibnu sabil?

Bagaimanakah agensi zakat menentukan seseorang itu golongan asnaf terutamanya asnaf Fakir dan Miskin?
Pengukuran adalah dilihat daripada pengiraan HAD KIFAYAH (had kecukupan).

Apa itu Had Kifayah?
Had Kifayah adalah satu pengiraan dan pengukuran untuk menentukan seseorang itu termasuk dalam golongan asnaf (Fakir dan Miskin). Dan perlulah diketahui, pengiraan setiap negeri adalah berbeza. Dan terdapat banyak aspek lain yang dilihat untuk mebolehkan dan memastikan setiap yang berlaku keatas permohon diambil kira bagi memastikan keputusan yang diambil adalah keputusan yang betul dan berasasakan pengiraan had kifayah.

MAIPk mempunyai 52 skim bantuan dimana setiap skim mempunyai prosedur yang berbeza. Setiap prosedur bukanlah untuk menyusahkan pemohon, tetapi untuk memastikan pengagihan tersebut kepada asnaf yang berkelayakan. Setiap transaksi yang dibuat akan diaudit, maka setiap permohonan haruslah mempunyai dokumen yang lengkap.

Orang menghentam Pusat Zakat kerana adanya prosedur.
Tetapi ingatlah,
DIDUNIA kami DIPERSOLKAN OLEH MANUSIA,
DIAKHIRAT kami DIPERSOALKAN OLEH ALLAH,
Kami lebih takut dengan ALLAH daripada tohmahan atau viral manusia,
Kami berusaha mengagihkan zakat seadil mungkin berlandaskan syariat yang telah ditetapkan dalam Al-Quran.

Setiap apa yang berlaku ada pertimbangan yang dibuat. Keputusan dibuat ada sebabnya. Maka, tanyalah dengan cara yang berhemah. Gunalah saluran yang betul. Kadang-kadang tanpa kita sedar dalam kita membantu, fitnah yang muncul. Insya Allah. Sama-sama kita istiqomah. Dan setiap yang berlaku, kami ambil perhatian dan mengambil ia dari sudut positif dalam menambah baik pengurusan dan pengagihan zakat di Perak. Insya Allah.









.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.