Majlis Menandatangani Perjanjian Pelantikan Amil Khas

Ipoh 7 September 2016, Satu majlis menandatangani perjanjian pelantikan sebagai Amil Khas telah di adakan di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan. Sebanyak lima buah agensi telah dilantik sebagai Amil Khas. Sebelum majlis tandatangan berlangsung telah diadakan Taklimat Zakat yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Latiff bin Talib, Pengurus Bahagian Pemasaran MAIPk. Pelantikan agensi-agensi berkenaan akan mampu membantu MAIPk dalam meningkatkan kutipan zakat. Ini memberikan faedah kepada golongan asnaf yang memerlukan bantuan. Majlis menandatangani perjanjian telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr. Amiruddin bin Muhamed bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk(Pengurusan), Ustaz Mohd Haidi bin Sulaiman bagi pihak MAIPk












.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.