Skuad Prihatin Asnaf ke Klebang

Alhamdulillah, rumah yang dahulu gelap kini telah diterangi cahaya lampu. Puan Noriah bt Awang berusia 63 tahun dan merupakan penerima bantuan Kewangan Bulanan sebanyak RM 450.00. Rumah beliau tidak mempunyai elektrik apabila beliau sekeluarga berpindah ke rumah baru.

Pihak MAIPk mendapati rumah tersebut tidak mempunyai elektrik kerana ketidakmampuan Puan Noriah untuk memasukkan meter baru ke rumah tersebut setelah meter dirumah lama telahpun uzur. Rumah tersebut juga didiami seramai 8 orang iaitu pemohon dan 7 orang cucu.

MAIPk telah meluluskan sejumlah wang bagi membolehkan pemasangan meter elektrik boleh dilakukan. Pihak SPA MAIPk telah berjumpa dengan pihak TNB dan Alhamdulillah, dengan segera TNB telah memasang meter tersebut.






.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.