• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Jejak Asnaf Bantuan Bina Rumah dan Bantuan Modal Di Daerah Selama

Kursus Pengurusan Wasiat Amanah Raya

IPOH, 21 September 2016, Dalam usaha memperkasa dan meningkatkan kemahiran pegawai-pegawai MAIPk dalam bidang wasiat, satu Kursus Pengurusan Wasiat Amanah Raya telah di adakan. Kursus tersebut telah dijalankan di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan. Kursus tersebut diadakan dengan kerjasama Amanah Raya Berhad. Sesi ceramah telah disampaikan oleh Encik Mohamad Yazid bin Shuaib daripada Jabatan Pengurusan & Pemasaran, Amanah Raya Berhad (ARB). Di antara intipati kursus ialah bagaimana menguruskan permohonan bagi mewujudkan wasiat di pejabat MAIPk. Pihak MAIPk juga dalam perancangan untuk menjadi salah satu rakan strategik Amanah Raya Berhad (ARB). Ini bermakna MAIPk borpotensi untuk menjual produk wasiat ARB sebaik sahaja perjanjian persefahaman dimeterai antara MAIPk dan ARB.

Semoga kursus yang diadakan dapat memberikan output yang terbaik dalam memastikan pencapaian dari aspek yang melibatkan pengurusan wasiat orang Islam dapat direalisasikan.
















.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.