Kursus Asas Fotografi

CAMERON HIGHLAND: Kursus Asas Fotografi Siri Kedua yang dianjurkan oleh Unit Latihan, Bahagian Khidmat Pengurusan MAIPk telah diadakan pada 26 sehingga 28hb Mac 2012 bertempat di Hotel Heritage, Cameron Highland, Perak. Kursus ini melibatkan seramai 30 orang pekhidmat MAIPk yang terdiri dari kalangan kakitangan di peringkat bahagian dan daerah. Kursus ini juga turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, YBhg. Dato Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan.

Antara tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran pegawai MAIPk dalam menyediakan gambar yang berkualiti. Ini kerana, pegawai MAIPk perlu mengambil gambar keadaan dan senario kehidupan pemohon-pemohon bantuan untuk dibentangkan kepada ahli-ahli mesyuarat Jawatankuasa Baitulmal. Di samping itu, pegawai MAIPk dapat menggunakan kemahiran menangkap gambar dalam pelbagai situasi dan keadaan mengikut keperluan.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.