• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk Anjur Program MUMTAZ Pelajar SPM 2016

LUMUT , 25 September 2016 Majlis Agama Islam dan `Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Manjung telah menganjurkan Program Mumtaz Perkampungan Ilmu SPM 2016 yang melibatkan 113 pelajar dari dua buah sekolah iaitu SMK Dato Idris dan SMK Pantai Remis di Pantai Remis. Program ini diadakan selama tiga hari dua malam di Virgo Batik Resort, Teluk Batik. Perkampungan Ilmu SPM 2016 merupakan salah satu bidang di bawah Projek Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) iaitu Wakaf Ilmu-Program Mumtaz dan Pembelajaran ICT.

Peserta yang menyertai program perintis ini terdiri daripada kalangan keluarga yang berpendapatan rendah di mana bermatlamat untuk memberi motivasi di kalangan peserta serta berusaha mempertingkatkan prestasi pencapaian SPM. Sepanjang 3 hari program ini berlangsung, para peserta telah diberi tunjuk ajar tentang tip dan teknik menjawap soalan peperiksaan dengan betul. Tenaga pengajar terdiri daripada guru-guru cemerlang dari seluruh negeri Perak. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Timbalah Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MAIPk, Puan Hajah Wan Maizura Binti Haji Wan Zahari.










.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.