• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Program Wakaf Pembangunan dan Perkembangan Ilmu Al-Quran untuk Kumpulan Mubaligh Negeri Perak

Program Wakaf Pembangunan dan Perkembangan Ilmu Al-Quran untuk Kumpulan Mubaligh Negeri Perak

IPOH, 16 Oktober 2016 (Ahad) Seramai 43 orang Mubaligh dan penggerak Negeri Perak telah menyertai Kursus Latihan Tenaga Pengajar Ilmu Al-Quran dengan menggunakan kaedah Abahata Al-Jabari. Program ini merupakan salah satu daripada projek Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) yang telah dilancarkan pada 7 April 2016. Kursus tersebut telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 15 sehingga 16 Oktober 2016 di Institut Latihan Pegawai Awam (ILPA),Ipoh.
Program perintis ini telah dijayakan bersama-sama di antara Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dan Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ) serta Jabatan Agama Islam Perak(JAIPK). Melalui program ini, para mubaligh yang telah menjalani kursus akan dihantar untuk membantu saudara baru dan orang asli Islam membaca Al-Quran dengan menggunakan kaedah pembelajaran Al-Quran yang pantas dan mudah. Kaedah ini bermatlamat membasmi masalah buta huruf Al-Quran dan pemantapan asas bacaan Al-Quran.

Kursus yang berlangsung selama 2 hari ini,telah diisi dengan pengisian-pengisian yang menarik dan tersusun. Antaranya pengenalan kaedah membaca al-Quran Abahata,slot Tahsinul Qiraat yang dikendalikan oleh Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa serta slot micro teaching.
Wakaf Pembangunan dan Perkembangan Ilmu Al-Quran adalah satu inisiatif pihak MAIPk untuk menyebar luas ilmu Al-Quran dalam kehidupan ummah melalui pembelajaran, pengajian, pemahaman, penghayatan dan pengaplikasian ilmu Al-Quran tanpa mengira sempadan usia serta taraf kehidupan. 

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ybhg. Dr Amiruddin bin Muhamed,Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk.Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa IPAQ Dr. Tajuddin Jali,pegawai-pegawai MAIPK DAN JAIPK.











.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.