Bengkel Pemurnian Garis Panduan Skim Agihan Zakat

IPOH: Sebuah Bengkel Pemurnian Garis Panduan Skim Agihan Zakat telah diadakan pada 2 sehingga 3hb Februari 2012 bertempat di Hotel Hillcity Ipoh, Perak. Bengkel tersebut telah dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama iaitu pada 2hb Februari merupakan hari pertama bengkel tersebut diadakan telah melibatkan 19 orang Pembantu Tadbir Agihan dan Pegawai Bahagian Zakat di peringkat bahagian dan daerah. Manakala hari kedua merupakan sesi kedua yang melibatkan 13 orang Pegawai Baitulmal Daerah dan Pegawai Bahagian Zakat. Bengkel tersebut telah diketuai oleh Penolong Setiausaha Bahagian Zakat, Al-Fadhil Ustaz Bakri bin Lee. Antara hasil positif yang diperolehi daripada bengkel tersebut ialah pengumpulan idea-idea baru yang dapat dijadikan rujukan dan panduan untuk penambahbaikan bagi garis panduan skim agihan zakat yang telah ditetapkan. Di samping itu, para peserta memberikan beberapa cadangan bagi mewujudkan skim agihan zakat pada tahun mendatang agar agihan zakat yang dilaksanakan oleh MAIPk menjadi lebih komprehensif dan berkesan.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.