RISDA serah zakat perniagaan kepada MAIPk

IPOH, 14 November 2016 - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Negeri Perak telah membuat penyerahan cek zakat perniagaan bagi tahun 2015 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan.

Dalam majlis tersebut, pihak RISDA yang diwakili oleh Pengarah RISDA Negeri Perak, YBhg. Encik Ali Shabuddin Bin Abd. Samad telah menyerahkan cek berjumlah RM234,427.00 kepada Mufti Perak Darul Ridzuan, YABhg. Tan Sri Dato Seri Dr. Haji Harussani Bin Haji Zakaria yang mewakili pihak MAIPk.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pengarah RISDA Negeri Perak, Encik Abdul Rashid Bin Nafis, Pengurus Dakwah dan Amil Bahagian Pemasaran MAIPk, Ustaz Mohd Latiff Bin Talib serta pegawai-pegawai RISDA dan MAIPk. Semoga dengan penyerahan cek zakat perniagaan ini akan memberkati perniagaan RISDA agar bertambah maju jaya. Nasib golongan asnaf akan terus terbela dan kita semua di berkati oleh Allah S.W.T.






.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.