Kursus Aplikasi Psikologi Dalam Khidmat Pelanggan

Taiping: Majlis Agama Islam dan€Adat Melayu Perak (MAIPk) di bawah Unit Latihan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus Aplikasi Psikologi Dalam Khidmat Pelanggan pada 21 hingga 23hb Mac 2012, bertempat di Hotel SSL Traders Kamunting, Taiping, Perak. Kursus ini dihadiri oleh peserta yang terdiri di kalangan kakitangan MAIPk daripada pelbagai jawatan dan daerah. Seramai 31 orang peserta telah menghadirkan diri bagi mendalami modul-modul yang disampaikan oleh dua orang penceramah bersekutu daripada firma perunding Premier Consulting Sdn. Bhd. iaitu Encik Jumari Kosrin dan Encik Mohd Irham Mohd Ihsan.


Antara objektif kursus ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan, penghayatan dan kemahiran peserta dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan samada melalui urusan yang melibatkan panggilan telefon mahupun di kaunter. Selain itu, kursus ini diharapkan agar dapat meningkatkan keupayaan setiap pekhidmat MAIPk terutamanya yang bertugas di kaunter khidmat pelanggan untuk lebih mengenali dan memahami gelagat pelanggan, disamping mampu untuk meningkatkan penampilan diri dan membantu menaikkan lagi imej organisasi ini. Para peserta juga dapat menambahkan keyakinan dan kemahiran dalam menangani pelanggan yang bermasalah dengan menghadiri kursus ini.

Sehubungan itu, hasil dari kursus ini mengharapkan agar semua pekhidmat MAIPk dapat memberikan perkhidmatan dan layanan terbaik kepada pelanggan kerana kebanyakan kakitangan berkemampuan memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan apabila mereka memahami dan menhayati misi dan polisi organisasi serta memperolehi kemahiran yang diperlukan. Upacara penutup kursus ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan selaku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk dengan upacara penyampaian sijil kepada peserta-peserta yang terlibat.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.