Kami Kutip Kami Agih

MAIPk Kuala Kangsar telah menziarahi Puan. Zakiah binti Ismail, seorang balu. Arwah suami beliau telah meninggal dunia pada 14 September 2015 akibat strok. Sebelum kematian suami, punca pendapatan beliau sekeluarga adalah daripada hasil berniaga di pasar-pasar malam bersama-sama Allahyarham suaminya.

Kehilangan suami menyebabkan kehidupan beliau telah berubah dan memikul tugas menafkah keluarga. Keadaan beliau bertambah buruk apabila mengalami kemalangan yang menyebabkan kereta rosak teruk. Sewa rumah beliau telah tertunggak selama empat bulan dan menyebabkan beliau sekeluarga terpaksa keluar daripada rumah tersebut. Dua orang anak lelakinya kini tinggal di asrama anak yatim SK Sg Kepar manakala anak sulungnya sudah tidak bersekolah hampir dua bulan atas faktor kewangan. Anak ketiganya pula yang belajar di Maahad Tahfiz swasta, mempunyai tunggakan yuran dan terpaksa berpindah ke sekolah harian untuk sesi tahun hadapan.

Bantuan segera telah diserahkan oleh Ustaz Suhaimi Yusoff, Pegawai Baitulmal Daerah Kuala Kangsar. Bantuan segera diserahkan bagi menampung keperluan semasa dan MAIPk Kuala Kangsar akan mengambil tindakan bagi memproses beberapa skim bantuan seperti sewaan rumah, tunggakan sewa rumah sebelum ini, tunggakan yuran Maahad Tahfiz dan keperluan persekolahan anak-anak untuk sesi tahun hadapan melalui dana zakat.

Semoga Puan Zakiah binti Ismail dan anak-anak diberi kekuatan dan semangat dalam menempuh dugaan dan cabaran yang sedang mereka hadapi. "Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" (Surah Al-inshirah, ayat 6).








.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.