Bengkel Bacaan Enakmen Zakat (Perak) 2016

PULAU PINANG 28 & 29 November 2016. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam usaha untuk mewujudkan satu undang-undang berkaitan pengurusan zakat bagi Negeri Perak. Bagi memperkasakan lagi setiap isi kandungan Deraf Enakmen Zakat tersebut maka telah diadakan bengkel khas bagi membuat bacaan setiap isi kandungan deraf enakmen tersebut. Bengkel telah diadakan di Hotel Bayview, Penang. Dr. Amiruddin bin Muhamed, Ketua Pegawai Eksekutif, MAIPk telah mempengerusikan perjalanan bengkel tersebut. Semoga dengan adanya bengkel ini dapat memberikan input yang mantap dalam usaha mewujudkan Enakmen Zakat (Perak).





.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.