MAIPk Terima Cek Zakat Perniagaan Co-Opbank dan CIDB

IPOH, 09 Disember 2016 (Jumaat) Majlis Penyerahan Zakat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia(CIDB) dan Co-Opbank Persatuan Malaysia Berhad telah berlangsung pada jam 03.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk). 

Di dalam majlis ini pihak Co-Opbank Persatuan yang diwakili oleh Naib Pengerusi Anggota Lembaga Koperasi Co-Opbank Persatuan, Encik Omar Hj. Mat Som telah menyerahkan cek zakat perniagaan bagi tahun 2015 berjumlah RM 65,315.52 manakala pihak menyerahkan cek zakat perniagaan bagi tahun 2015 berjumlah RM 30,603.00 telah diwakili oleh Pengarah CIDB Negeri Perak, Encik Ismail Mat Nor. Kedua-dua cek zakat ini telah diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr. Amiruddin Muhamed.

Semoga dengan penyerahan cek zakat perniagaan ini organisasi dan perniagaan Co-Opbank dan CIDB terus berkembang maju serta nasib golongan asnaf akan terus terbela dan kita semua diberkati oleh Allah S.W.T.








.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.