• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Wakaf Ilmu Program MUMTAZ Di Daerah Kerian

BAGAN SERAI, 08 Disember 2016 (Khamis) Seramai 60 orang calon pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 dari sebelas buah sekolah di daerah Kerian telah menyertai Program Mumtaz di daerah Kerian. Program tersebut telah berlangsung selama tiga hari dua malam iaitu pada 06hb sehingga 08hb Disember 2016 di Sekolah Abu Bakar Al Baqir di Bagan Serai.

Program Bahasa Inggeris bagi Pelajar Lepasan SPM 2016 merupakan salah satu program di bawah Projek Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) iaitu Wakaf Ilmu-Program Mumtaz. Program ini melibatkan kerjasama antara Majlis Agama Islam Dan `Adat Melayu Perak (MAIPk), Scye Global Education Sdn Bhd dan Pejabat Pendidikan Daerah Kerian.

Para peserta yang dipilih adalah dari kalangan pelajar-pelajar yang berada ditahap sederhana dalam penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Program ini telah memberi pendedahan dan pemahaman yang lebih mendalam tentang teknik menjawab MUET untuk ke peringkat pengajian tinggi serta melahirkan minat pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris. Selain itu, penyediaan resume dan teknik menjawap soalan temuduga juga turut didedahkan.

Wakaf Ilmu-Program MUMTAZ yang dilaksanakan pada kali ini,merupakan program ketiga selepas ia berjaya dilaksanakan khusus bagi pelajar yang mengambil UPSR dan SPM. Daerah Kerian terpilih untuk menjadi daerah pertama bagi program Bahasa Inggeris ini. Program ini akan dikembangkan ke seluruh negeri Perak pada masa akan datang dengan melihat potensi kutipan dana wakaf yang semakin meningkat di negeri ini.

Majlis penutup ini telah disempurnakan oleh En Suhaimi bin Yusoff (Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Mal dan Wakaf) dan turut dihadiri oleh Hj Abdul Wahid bin Ramli (Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kerian), pegawai-pegawai MAIPk,pegawai PPD Kerian dan guru-guru.








.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.