Kem Motivasi Pemantapan Insan Asnaf Daerah Muallim

Batu Kurau , 11 Disember 2016 Seramai 35 pelajar terdiri daripada anak anak orang asli dan asnaf telah menyertai Kem Motivasi Pemantapan Insan Asnaf Daerah Muallim pada 9 hingga 11 Disember 2016. Pelajar pelajar ini dipilih daripada beberapa sekolah disekitar daerah Muallim.

Program yang diadakan di Pusat Motivasi Mawaddah, Batu Kurau ini dianjurkan oleh Bahagian Agihan Zakat dengan kerjasama MAIPk Daerah Muallim dan Penggerak Daerah Muallim. Sepanjang tiga hari berkampung di Pusat Motivasi Mawaddah, Batu Kurau ini, pelajar pelajar tersebut telah didedahkan dengan modul-modul yang dirangka khas berkonsepkan pemantapan insan yang seterusnya dapat membentuk sikap dan sahsiah yang mantap dalam kalangan para peserta.

Pegawai Baitulmal Daerah Muallim, Encik Dzulbazli bin Mahamad Ali telah merasmikan majlis penutup program tersebut. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam kem motivasi tersebut. Beliau turut berharap agar para pelajar dan pesertadapat mempraktikan dan mengamalkan segala ilmu dan pengajaran yang diperoleh dari kem motivasi ini.














.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.