Affin Islamic Bank Berhad dan GITN Sdn. Bhd Serah Zakat Perniagaan Kepada MAIPk

IPOH, 22 Disember 2016 (Khamis) Majlis Penyerahan Zakat Affin Islamic Bank Berhad dan GITN Sdn. Bhd telah berlangsung pada jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).
 
Di dalam majlis ini pihak Affin Islamic Bank Berhad yang diwakili oleh Encik Mohd Faiz Bin Rahim , Head Syariah Supervisoring telah menyerahkan cek zakat perniagaan bagi tahun 2015 berjumlah RM 250,000.00 manakala pihak GITN Sdn. Bhd menyerahkan cek zakat perniagaan bagi tahun 2015 berjumlah RM 100,000.00 telah diwakili oleh Tuan Haji Roslan Mohd Rashidi, Ketua Pegawai Eksekutif GITN Sdn.Bhd. Kedua-dua cek zakat ini telah diserahkan kepada Tuan Mohd Haidi bin Sulaiman ,Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk.

Semoga dengan penyerahan cek zakat perniagaan ini organisasi dan perniagaan Affin Islamic Bank Berhad dan GITN Sdn. Bhd terus berkembang maju serta nasib golongan asnaf akan terus terbela dan kita semua diberkati oleh Allah S.W.T.












.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.