Perasmian Kedai Gunting Rambut Asnaf "A&A BARBERSHOP@Meru"

22 Disember 2016, Meru - Usaha Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak dalam melahirkan Usahawan-usahawan Asnaf MAIPk yang berkemahiran dan sekaligus dapat keluar daripada kemiskinan melalui Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A) telah terlaksana dengan perasmian "A&A Barbershop@Meru" pada 22 Disember 2016 oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr. Amiruddin bin Muhamed di Masjid Al-Ansar, Meru.
PROPER A adalah bertujuan memberi peluang dan ruang dalam memperkasakan ekonomi asnaf yang berpotensi dan produktif dalam perniagaan dan menjenamakan perniagaan asnaf melalui Bantuan Modal yang diberikan kepada Asnaf Fakir Miskin.
Projek "A&A Barbershop@Meru" ini berkonsepkan kabin dan dilengkapi segala peralatan dan kelengkapan bagi tujuan gunting rambut.
Dua orang anak muda (anak asnaf) dilatih oleh seorang mentor berpengalaman dalam bidang gunting rambut supaya mahir dalam bidang tersebut. Latihan telah diberikan selama dua bulan bermula pada 1 September 2016 yang lalu. Anak-anak asnaf ini berjaya diasah bakat dalam kemahiran gunting rambut dengan pelbagai gaya terkini akan diberi tanggungjawab untuk mengendalikan projek berkenaan.

Semoga anak-anak ini dapat mengendalikan kedai gunting rambut tersebut dengan sebaik mungkin dalam usaha menambahkan pendapatan keluarga mereka sekaligus memberi satu pengalaman yang amat berharga dan tidak ternilai dalam mendidik mereka berusaha bagi mencapai apa yang mereka inginkan dan bukannya bergantung harap kepada sesiapa.

(Sumber: FB Zakat Perak-MAIPk)










.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.