Menyantuni Asnaf Di Hospital Raja Permaisuri Bainun

12 Januari 2016, Ipoh - Kes yang tular baru-baru ini telah mendapat perhatian MAIPk apabila menerima makluman daripada salah seorang staf MAIPk sendiri.
Encik Faizal yang disyaki mengalami jangkitan kuman pada otak dan jantung memberi kesan yang cukup besar kepada kehidupan mereka sekeluarga apabila mereka kini tiada lagi tempat bergantung. Isterinya yang dahulu berkerja sebagai pembantu kedai makan bagi membantu sara hidup mereka sekeluarga, namun, kini terpaksa berhenti demi menjaga suami yang tiba-tiba sahaja jatuh sakit.
MAIPk mengharapkan semoga Encik Faizal diberi kesembuhan dan mampu membina kehidupan mereka sekeluarga semula. Semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu dan meringankan beban keluarga Encik Faizal.

(Sumber: FB Zakat Perak-MAIPk)






.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.