Agrobank Serah Zakat Perniagaan Kepada MAIPk

IPOH, 13 Januari 2017 - Majlis Penyerahan Zakat Agrobank telah berlangsung pada jam 03.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 5, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk). Di dalam majlis ini, pihak Agrobank yang diwakili oleh Agrobank Head Of Commercial Business Negeri Perak, Encik Kamarul Zaman Bin Ghazali telah menyerahkan cek zakat perniagaan bagi tahun 2015 berjumlah RM 40,000.00. Cek zakat ini telah diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr. Amiruddin Muhamed.

Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah, Agrobank Head Of Consumer Business Negeri Perak, Encik Mohd Roslan Bin Che Mohd, Pengurus Bahagian Pemasaran, Ustaz Mohd Latiff Bin Talib dan pegawai-pegawai MAIPk. Semoga dengan penyerahan cek zakat perniagaan ini organisasi dan perniagaan Agrobank terus berkembang maju serta nasib golongan asnaf akan terus terbela dan kita semua diberkati oleh Allah S.W.T.



.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.