• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Pekhidmat Cemerlang diberi Anugerah

Ipoh Satu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Terpuji bagi tahun penilaian 2011 telah diadakan pada 10 Mei 2012. Pada majlis tersebut, seramai 17 orang pekhidmat MAIPk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 12 orang pekhidmat MAIPk menerima Anugerah Perkhidmatan Terpuji. Di samping itu, dua orang di kalangan pekhidmat MAIPk menerima Hadiah Menunaikan Fardhu Haji.

 Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Dato Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan di dalam ucapannya memberi nasihat serta peringatan kepada para pekhidmat agar bekerja dalam satu pasukan. Budaya ini hendaklah diamalkan di setiap peringkat agar amanah dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan. Hasilnya masyarakat akan dapat menikmati perkhidmatan terbaik yang disediakan oleh MAIPk.

 Di samping itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk mengucapkan tahniah dan syabas kepada para penerima anugerah perkhidmatan cemerlang dan terpuji agar terus menunjukkan komitmen yang terbaik dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Tindakan ini dapat merangsang keluarga, rakan sekerja dan MAIPk untuk sama-sama memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, manakala Anugerah Perkhidmatan Terpuji telah disampaikan oleh Pegawai Agama MAIPk. Turut hadir ke majlis ini ialah YA. Tuan Haji Rahim bin Haji Abdullah, Ahli Jawatankuasa Baitulmal. Pada majlis itu juga, Ketua Pegawai Eksekutif melancarkan Portal MAIPk yang baru bagi menggantikan portal yang lama.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.