• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Perhimpunan Kontraktor Pembekalan dan Perkhidmatan Gred G1 Lantikan MAIPk 2017

Perhimpunan Kontraktor Pembekalan dan Perkhidmatan Gred G1 Lantikan MAIPk 2017

IPOH,02 Februari 2017 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Perhimpunan Kontraktor Pembekalan dan Perkhidmatan Gred G1 Lantikan MAIPk 2017 bertempat di Tingkat 2, Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan. Perhimpunan kontraktor ini melibatkan semua kontraktor daripada semua daerah Negeri Perak. Perhimpunan kontraktor ini diadakan bertujuan untuk memilih kontraktor bagi pengiliran kerja-kerja membina dan membaik pulih rumah. Pihak MAIPk menggunakan kaedah mencabut undi untuk memilih pemberian tender dan hal ini merupakan kaedah yang bersifat lebih adil dan telus.

Pada majlis perhimpunan kontraktor ini, YBrs. Dr. Amiruddin Bin Muhamed, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk telah memberi ucapan dan beliau antaranya menegaskan kepada semua kontraktor yang telah dipilih perlu menyiapkan kerja dengan kualiti yang sempurna dan disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Diharapkan kontraktor yang telah dipilih dapat menyediakan membaiki dan membina rumah yang lebih sempurna kepada golongan asnaf. Pada majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk (Pengurusan), Tuan Mohd Haidi Sulaiman,Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk (Pembangunan) Puan Hajah Wan Maizura Hj Wan Zahari serta pegawai-pegawai MAIPk.












.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.