Bengkel Penyediaan Mesyuarat Pemantauan Tanah MAIPk

KAMPAR, 20 Januari 2017 - Bahagian Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Mal dan Wakaf (BPPMW) MAIPk telah mengadakan bengkel penyediaan isu baru mesyuarat pemantauan tanah MAIPk kali kedua bilangan pertama tahun 2017. Bengkel ini berlangsung daripada 18 hingga 20 Januari 2017 di The Lake of Sahom Valley. Para peserta terdiri daripada Pengurus Besar BPPMW, 8 PBD dan 11 PT Hartanah daerah dan 7 orang daripada Unit Pembangunan Hartanah MAIPk. Objektif ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua PBD serta PT Hartanah Daerah berkenaan kaedah pembukuan isu baru MPT MAIPk. Selain itu, bengkel ini membincangkan KPI Unit Pembangunan Hartanah MAIPk untuk mengenalpasti sebanyak 85 isu baru. Program ini juga ingin mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan MAIPk melalui pelbagai program yang telah dirancangkan.





.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.