Menyantuni Asnaf Kebakaran Rumah

Skuad Prihatin Asnaf (SPA) MAIPk telah turun ke Kampung Changkat Tualang apabila menerima khabar kebakaran rumah En. Norazman bin Mohd Ishak.

Kunjungan SPA menyumbangkan sejumlah wang bagi membantu keluarga ini menampung perbelanjaan harian beliau sekeluarga akibat daripada musibah tersebut. Semoga sumbangan tersebut dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh En. Norazman.

Pihak MAIPk mendoakan semoga keluarga ini tabah menghadapi dugaan ini dan dikurniakan rezeki lebih bagi membina kehidupan yang baru.




.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.