Asnaf Terima Rumah Baru

17 Februari 2017, Klebang - Satu Majlis Penyerahan Bantuan Bina Rumah 3 bilik telah berlangsung di Kg Seri Klebang, Chemor dan penyerahan tersebut adalah kepada En. Ahmad Nafis Bin Harun selaku penerima rumah baru tersebut.

Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr. Amiruddin bin Muhamed.

MAIPk mengharapkan rumah tersebut memberi sinar baru dalam kehidupan En.Nafis sekeluarga dan didoakan kehidupan beliau sekeluarga juga bertambah baik dan selesa. Inilah buktinya wang zakat yang anda tunaikan di MAIPk dan para Amil yang bertauliah sampai kepada asnaf yang memerlukan.




.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.