Majlis Graduasi Usahawan Asnaf MAIPk (Peserta Mentor Mentee 2016)

IPOH, 16 Februari 2016 - Majlis Agama Islam dan `Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Majlis Graduasi Usahawan Asnaf MAIPk (Peserta Mentor Mentee 2016). Majlis graduasi ini merupakan satu pengiktirafan kepada para peserta Program Mentor Mentee 2016 yang berjaya menamatkan tempoh 6 bulan latihan dan pantauan bersama MAIPk dan Koperasi Belia Islam (KBI). Mereka ini dilihat potensi perniagaannya dan juga keupayaan berdaya saing dalam pasaran seterusnya menjenamakan diri sebagai Usahawan Asnaf MAIPk. Para peserta yang berjaya juga akan membayar zakat ketika berlangsungnya majlis ini dan akhirnya menyumbang kembali kepada asnaf-asnaf yang lain.

Peserta-peserta Mentor Mentee ini telah mengikuti program berikut :
  1. Seminar Keusahawanan Asnaf 2016 (Hotel Seri Malaysia, 21 April 23 April 2016)
  2. Kursus Kemahiran Intensif
  • Pemprosesan Makanan (Pusat Latihan Masakan Koperasi Belia Islam, Nilai 3, Negeri Sembilan, 28 April 2016 1 Mei 2016)
  • SPA kecantikan (Bandar Baru Bangi, 1 Mei -5 Mei)
  • Majlis Penyerahan Bantuan Modal Kepada Peserta Keusahawanan Asnaf 2016 ( Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
  1. Pantauan dan Latihan selama 6 bulan ( Jun hingga November 2016)
OBJEKTIF
  • Memberi peluang dan ruang dalam memperkasakan asnaf yang berpotensi dan produktif untuk menjadi komuniti usahawan cemerlang yang aktif dan kolabratif
  • Menambah nilai produk usahawan asnaf untuk kelestarian perniagaan yang mantap dan berjaya seterusnya dapat memberi sumbangan kembali kepada ummah melalui zakat.

FOKUS
Program ini melibatkan satu program di bawah Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf yang melibatkan projek perniagaan secara kecil-kecilan dengan bantuan modal atau peralatan dari MAIPk dengan nilai anggaran RM 5,000.00 beserta latihan dan pemantauan selama 6 bulan dari pihak MAIPk.
PESERTA

37 orang peserta

BIDANG KURSUS YANG TELAH DIIKUTI

PEMPROSESAN MAKANAN

SPA KECANTIKAN

1. Air Soya

2. Mee Kuning

3. Bakeri & kuih tradisional

4. Kordial Berperisa

5. Mee Kuning

Nota :

* 15 orang mempelajari kursus air soya, cordial dan mee kuning

* 15 orang mempelajari bakeri dan kuih tradisional

1. Rawatan Kulit Muka

2. Spa Tangan Dan Kaki

3. Persolekan Profersional

4. Spa Badan

5. Pengurusan Spa

6. Urutan

7. Refleksologi

Nota : 10 orang mempelajari kursus spa

PERBELANJAAN BAGI SKIM BANTUAN MODAL

TAHUN

PERUNTUKAN

PERBELANJAAN

BIL. PENERIMA

2014

1,200,000.00

1,439,331.00

229

2015

1,300,000.00

1,902,225.84

272

2016

2,000,000.00

2,687,428.65

324

PERBELANJAAN PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI

Bil.

PROGRAM

PERBELANJAAN

BIL. PENERIMA

1.

Program Mentor Mentee

37

2.

Business Enterprenuer Asnaf MAIPk (BEAM)

Jumlah Keseluruhan

KEJAYAAN PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI ASNAF

TAHUN

KEJAYAAN

2014

MAIPk telah melahirkan 10 orang usahawan yang mempunyai produk yang tersendiri. MAIPk telah membantu mereka dengan teknik-teknik pemasaran dan pembungkusan produk sekaligus membantu mereka meningkatkan hasil pendapatan dari perniagaan mereka.

2015

MAIPk berjaya menghasilkan 57 orang asnaf yang berjaya keluar dari kemiskinan melalui perniagaan.

2016

MAIPk berjaya menghasilkan 59 orang asnaf yang berjaya melebihi had kifayah iaitu 31 orang dibawah program Mentor Mentee dan 28 orang dibawah program Business Enterprenuer Asnaf MAIPk (BEAM).






.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.