• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Jejak Asnaf Bantuan Bina Rumah dan Bantuan Modal Di Daerah Selama

SPA MAIPk Ziarah Mangsa Rumah Terbakar

Kg Masjid Tanjung Rambutan, 23 Februari 2017 - Berpunca daripada percikan api seterika menjadi litar pintas dan seterusnya telah mengakibatkan 3 buah rumah hangus terbakar kira-kira jam 2.10 pagi hari ini. Mangsa yang terlibat ialah keluarga Encik Mohd Salim bin Ab Rahman, keluarga Fadder bin Asri dan keluarga Raja Sabariah bt Raja Zainal.
Justeru, melalui Jejak Asnaf Mukim Tanjung Rambutan Skuad Prihatin Asnaf MAIPk yang diketuai oleh Ustaz Ahamad Muzammil bin Arbain dengan kerjasama Penghulu Mukim Tanjung Rambutan dan Ketua Kampung En. Ayob Zenal telah menziarahi keadaan rumah mangsa dan penempatan sementara di Dewan Komuniti Taman Berjaya Tanjung Rambutan serta menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM500 setiap ketua keluarga, bantuan beras dan barangan harian.

(Sumber : Zakat Perak-MAIPk)








.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.