• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

PNB serah zakat berjumlah lebih RM 7 Juta kepada Negeri Perak

Kuala Lumpur : Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini membuat bayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2009, 2010 dan 2011 kepada negeri Perak yang berjumlah RM7.197 juta.

Cek zakat perniagaan Kumpulan PNB itu disampaikan oleh Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji bin Ahmad Hamid kepada DYTM Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Hadir sama menyaksikan penyerahan cek tersebut adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Dato' Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman.

Perak merupakan negeri pertama yang menerima zakat perniagaan PNB pada tahun ini. Pembayaran zakat oleh Kumpulan PNB ini dikira mengikut 'haul' dan 'nisab' yang sudah ditetapkan dan akan terus dilaksanakan ke negeri lain dari semasa ke semasa.

Zakat perniagaan oleh PNB ini tidak meliputi agihan pendapatan untuk pemegang unit amanah yang melabur dalam tabung yang dikendalikan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Pemegang akaun dinasihatkan melunaskan sendiri zakat bagi pelaburan dalam setiap unit amanah berkenaan.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.