Seminar Usahawan di RTC

Gopeng, 28 Syaaban 1433H Satu Majlis Perasmian Seminar Keusahawanan dan Kesedaran Halal Negeri Perak telah diadakan di RTC Gopeng. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk). Majlis yang julung gemilang ini adalah anjuran dari pelbagai pihak yang berdedikasi antaranya MAIPk, Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, Amanah Ikhtiar, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Pembangunan Pengurusan Johor.

Antara agenda utama yang berlangsung adalah penyerahan zakat perniagaan. Encik Mohd Roslan Bin Mohd mewakili KFC Holding Berhad dan QSR Brands Berhad telah menyampaikan zakat perniagaanbagi tahun kewangan 2011 berjumlah RM97,250.00 dan RM97,972.00 kepada YBhg. Dato Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk.

Selain itu, para peserta bagi program ini juga didedahkan mengenai kaedah pelaksanaan zakat dan serta isu isu halal dan cabarannya .Ini adalah salah satu inisiatif kerajaan dalam menarik minat lebih ramai golongan bagi menceburi dalam bidang usahawanan yang berkonsepkan halalan toyyiba. Ini juga merupakan satu usaha MAIPk dalam meningkatkan prestasi kutipan zakat di Negeri Perak. Menjadi harapan MAIPk agar lebih ramai orang membayar zakat, sekali gus meningkatkan jumlah bantuan kepada rakyat negeri ini yang memerlukan.

Kehadiran lebih dari seribu orang ke majlis tersebut membuktikan bahawa program program seperti ini menunjukkan satu perkembangan positif untuk melahirkan usahawan usahawan tempatan dan juga untuk meningkatan kesedaran halal umat Islam di negara ini.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.