Ziarah Pesakit Kanser Di Kg Cik Zainal

Alhamdulillah, Skuad Prihatin Asnaf telah menerima aduan daripada Tuan Haji Osman berkenaan pesakit terlantar di Kg Cik Zainal dan telah menziarahi keluarga tersebut.
Puan Nor Aini Abdullah dahulunya menghidapi kanser payudara dan telah menjalani rawatan dan kini kuman tersebut telah merebak ke hati dan menyebabkan Pn. Nor Aini terlantar sakit manakala suaminya, En Kamarudin Johari pula menghidapi strok dan menyebabkan kesukaran untuk bercakap.
Beliau yang mempunyai 3 orang anak dan dua daripadanya sudah berumahtangga dan tidak lagi tinggal bersama. Punca pendapatan adalah daripada PERKESO berjumlah RM 450.00 dan sumbangan anak-anak.
Beliau dijaga oleh anak bongsunya yang berhenti kerja bagi membolehkan tumpuan penuh diberikan kepada ibunya.
Pihak MAIPk menyerahkan sumbangan bagi menampung perbelanjaan harian mereka sekeluarga dan akan mengambil tindakan selanjutnya bagi bentuk bantuan yang lain bagi meringankan beban Pn. Nor Aini sekeluarga.
Semoga Pn. Nor Aini diberi kekuatan untuk menempuh kesakitan dan tabah menghadapi cabarannya.

(Sumber : FB Zakat Perak-MAIPk)




.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.