Menyantuni Asnaf di Dangau Kg Air Hitam Labu, Kampar

Baru-baru ini Zakat Perak telah menerima aduan daripada Puan Maznah berkenaan satu keluarga yang tinggal di sebuah dangau. En.Mohd Johari B. Mohd Nor berusia 40 tahun dan mempunyai 7 orang anak. Isteri beliau telah meninggal dunia pada tahun 2014 ekoran daripada penyakit kanser hati yang dihidapinya.
2 orang anak lelaki tinggal bersama pemohon namun tidak bersekolah manakala 3 orang lagi anaknya tinggal bersama kakak ipar di Batu Gajah dan 2 orang lagi di Kuala Lumpur, tinggal bersama ibumertua nya.
Alhamdulillah, kunjungan pihak MAIPk daerah Kampar telah membolehkan keperluan keluarga ini dikenalpasti dan InsyaAllah tindakan selanjutnya akan diambil bagi membolehkan keluarga ini hidup dalam keadaan baik.
Sumbangan turut dihulurkan dan diharap keluarga ini dapat memanfaatkan wang tersebut sebaik mungkin.
(Sumber: Zakat Perak-MAIPk)








.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.