MAIPk Membantu Pesakit Pernafasan Kronik

Taman Indah, 22 Mac 2017 - Encik Ahmad Bin Yusof telah berusia 79 tahun. Tinggal bersama isteri dan 3 orang anak. Pemohon mempunyai 7 orang anak. 4 orang anak tinggal berasingan dan telah berumah tangga. Pemohon adalah seorang pesara yang menerima pencen sebanyak RM 920 sebulan. Anak-anak pemohon yang bekerja, bekerja biasa-biasa sahaja di sektor swasta dan tidak membantu. Hanya anak lelaki pemohon yang tinggal bersama dan bekerja yang banyak membantu pemohon. Manakala yang lain yang tinggal dirumah tersebut perlu menjaga pemohon. Pemohon tinggal di rumah sendiri.

Keadaan pemohon telah uzur dan menghadapi masalah paru-paru kronik dan jantung bengkak. Buat masa ini tiada rawatan yang boleh diberikan oleh pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh kepada pemohon kerana faktor usia. Pemohon kini hanya bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan untuk meneruskan kehidupan. Disebabkan ketiadaan alat tersebut di rumah, pemohon perlu mendapatkan rawatan diklinik swasta dengan segera jika mengalami kesukaran bernafas. Harga mesin oksigen tersebut berjumlah RM 5,247.00.

Terima Kasih Pembayar Zakat! Zakat Yang Anda Tunaikan, Kami Agihkan Kepada Asnaf Yang Memerlukan.

(Sumber: FB Zakat Perak-MAIPk)

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.