• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Jejak Asnaf Bantuan Bina Rumah dan Bantuan Modal Di Daerah Selama

Majlis APC MAIPk 2016

3 April 2017 (Isnin)-Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun penilaian 2016. Majlis telah dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak Darul Ridzuan diikuti dengan bacaan doa. Seterusnya ucapan Yg Berusaha, Dr.Amiruddin bin Muhamed, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dato Seri Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin, Yang Dipertua, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak yang turut menyampaikan ucapan di majlis tersebut.

Dalam majlis itu, seramai 65 orang pekhidmat MAIPk telah menerima anugerah yang terdiri daripada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Perkhidmatan Terpuji, Hadiah Menunaikan Haji, Anugerah Pengurusan Pejabat Terbaik dan Anugerah Daya Usaha (Pasukan). Anugerah telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato Seri Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin, Yang Dipertua, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak danYg Berusaha, Dr. Amiruddin bin Muhamed, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

Majlis tersebut juga telah diserikan dengan persembahan santai berkonsepkan nasyid dan nasihat oleh pekhidmat-pekhidmat Majlis yang telah berjaya menonjolkan bakat masing-masing.

Semoga penerima-penerima anugerah tersebut terus berusaha meningkatkan prestasi kerja yang cemerlang dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat Islam umumnya. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi oleh semua penerima anugerah bersama dengan Yang Dipertua, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk dan pegawai-pegawai kanan MAIPk.



































.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.