Zakat Perniagaan TH Meningkat

Pada 7 April yang lalu bertempat di pejabat Tabung Haji (TH) Ipoh, MAIPk telah menerima bayaran Zakat Perniagaan daripada Tabung Haji sebanyak RM 3.98 juta. Peningkatan bayaran Zakat Perniagaan berbanding tahun lepas oleh TH juga meningkatkan dana agihan zakat kepada golongan asnaf. Zakat Perniagaan tersebut telah diserahkan kepada Dr.Amiruddin bin Muhamed selaku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk.

Semoga hasil zakat yang terkumpul ini, akan memberi lebih banyak manfaatnya buat Asnaf-asnaf Zakat di Negeri Perak.

(Sumber: FB Zakat Perak-MAIPk)




.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.