MAIPk Bantu Tujuh Beranak

" Tinggal di depan kedai dobi dan ayah minta daripada orang ramai untuk makan". Itulah kata-kata seorang anak apabila ditanya keadaan mereka sekeluarga sebelum ini.
Baru-baru ini, kaunter MAIPk telah dikunjungi oleh sebuah keluarga bersama 5 orang anak yang masih kecil dan mereka ini tiada tempat tinggal untuk didiami.
Pihak MAIPk difahamkan mereka ini baru sahaja tiba daripada Kuala Lumpur, tiada tempat tinggal dan hanya mengharapkan ihsan orang ramai disana. Mereka juga tiba disini dengan pertolongan sepasang suami isteri yang telah membelikan tiket untuk pulang ke sini.
Kemalangan ditempat kerja menyebabkan ketua keluarga diberhentikan kerja kerana tidak lagi mampu melakukan kerja-kerja berat. Hal ini juga menjadi sukar apabila suami tidak lagi mampu menyediakan wang sewa rumah dan terpaksa keluar daripada rumah tersebut. Suami turut berusaha untuk melakukan kerja-kerja sampingan namun dengan keadaan kaki yang tidak mampu untuk melakukan kerja berat menyukarkan keadaannya untuk bergerak.
Kos sara hidup yang tinggi di sana menyebabkan mereka sekeluarga membuat keputusan untuk berhijrah ke Perak. Suami berasal daripada Perak, namun hanya bekeluarga angkat dan tiada tempat untuk dituju sebagai tempat teduhan bagi anak-anak dan isterinya.
Alhamdulillah, pihak MAIPk telah bekerjasama dengan Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Malaysia yang menyediakan satu Projek Anjung Singgah YKN bercawangan di Ipoh, Perak dan ia merupakan pusat intervensi sosial untuk membantu golongan gelandangan di Malaysia.
Mereka kini tinggal disana sementara mendapat penempatan kekal dan bantuan sara diri turut disampaikan kepada keluarga ini.
Inshaa Allah pihak MAIPk akan berusaha membantu mendapatkan tempat tinggal dan memberi bantuan-bantuan lain yang dapat meringankan beban mereka sekeluarga.

(Sumber: FB Zakat Perak-MAIPk)




.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.