• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • MAIPk belanja RM 1.33 Juta bagi Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal untuk pelajar miskin

MAIPk belanja RM 1.33 Juta bagi Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal untuk pelajar miskin

UPSR 2016 menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam kalangan anak Asnaf Fakir dan Miskin dimana seramai 83 org pelajar menerima biasiswa pelajaran baitulmal MAIPk 2017 yang menetapkan kelayakan akademik 6A hingga 3A bagi melayakkan mereka menerima bantuan ini.

Sejak 2012 tahun pelaksanaan skim ini, MAIPk telah membelanjakan sebanyak RM 1.33 juta yang melibatkan pemberian daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Skim ini juga menunjukkan keberkesaan daripada sudut pemberian dana zakat kepada pembelajaran anak-anak asnaf dengan pencapaian 6 orang anak asnaf yang memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM 2016.

2 orang pelajar Nurul Husna Binti Abdul Basir dan Muhamad Hakim Bin Ahmad memperolehi 7A, 3 orang pelajar Noor Iffa Hafizza binti Zakaria, Nur Sabrina Binti Mohd Zahidi dan Norazlin Binti Muhiddin memperolehi 6A, dan seorang memperolehi 5A, Nurul Asyiqin binti Haji Yusuf.










.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.