• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Waqaf Perak Ar-Ridzuan Wakaf Ilmu Program Pintar Akademik Wakaf Ilmu - Mumtaz

Waqaf Perak Ar-Ridzuan Wakaf Ilmu Program Pintar Akademik Wakaf Ilmu - Mumtaz

IPOH, 08 April 2017 (Sabtu) Satu Majlis Pelancaran Program Pintar Akademik Wakaf Ilmu Mumtaz telah diadakan di Pusat Pintar Sains dan Matematik melalui kerjasama diantara Majlis Agama Islam Dan `Adat Melayu Perak (MAIPk) dan Pusat Pintar Sains dan Matematik (PPSM) Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak (KPIP).

Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh En Suhaimi bin Yusoff (Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Mal dan Wakaf) dan turut dihadiri oleh Tuan Hj Abdul Rahman Najib bin Hj Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif PPSM. Didalam ucapan tersebut, beliau memaklumkan bahawa pihak MAIPk telah memberi sumbangan wakaf tunai sebanyak RM 20,000.00 secara one-off bagi pelaksaan Program Pintar Akademik Wakaf Ilmu Mumtaz di mana program ini adalah salah satu daripada Program Mumtaz di bawah Waqaf Perak Ar-Ridzuan.
Program ini telah mula berlangsung pada 4 Februari 2017 yang disertai oleh 38 orang pelajar yang dijalankan pada setiap hari Sabtu dan Ahad sebagai kelas tambahan kepada pelajar tingkatan 3 yang bakal menduduki peperiksaan PT3. Kelas tambahan ini berpanjangan sehingga hujung tahun 2017. Para peserta terdiri daripada golongan anak-anak ibu tunggal, anak-anak fakir/miskin serta anak-anak yang bermasalah yang dipilih daripada beberapa buah sekolah di daerah Ipoh.
Program Pintar Akademik Wakaf Ilmu Mumtaz distrukturkan sebagai program bimbingan kelas bagi menjana kecemerlangan para pelajar dengan ilmu pengetahuan melalui pembelajaran di luar waktu sekolah. Ia secara tidak langsung menjadikan program ini sebagai wadah perkembangan pembelajaran dan pengajaran (P&P), merangkumi peranan guru sebagai pendidik dan pelajar sebagai penuntut ilmu. Disamping para peserta mengikuti kelas akademik, beberapa modul seperti Solat Dhuha, Seminar Keilmuan, Program Motivasi/Teknik Cemerlang diadakan dalam memantapkan jati diri dan membentuk insan yang terpuji.












.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.