Karnival Ukhuwah MAIPk 2015

Ipoh, 30 Oktober 2015 1 November 2015 - MAIPk telah mengadakan Karnival Ukhuwah MAIPk 2015 bertempat di MYDIN Hypermarket, Meru Raya,Ipoh. Karnival tersebut bertujuan untuk :-

i. Untuk menerapkan kesedaran dan memberikan kefahaman yang kukuh kepada masyarakat Islam akan peranan dan fungi Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak(MAIPk).

ii. Untuk menyantuni penerima bantuan secara langsung dengan terus mengagihkan bantuan kepada penerima.

iii. Menyebarkan dakwah Islam di samping mempromosikan kewajipan zakat di kalangan masyarakat setempat.

iv. Membina dan memperkukuhkan hubungan antara MAIPk dengan agensi-agensi kerajaan dan masyarakat.

Program yang berlangsung selama dua hari itu telah dipenuhi dengan pelbagai ataurcara berbentuk informasi, kesedaran kerohanian serta acara khas untuk kanak-kanak. Aturcara adalah seperti pameran dan kaunter zakat dan wakaf, pertandingan mewarna,kuiz zakat dan wakaf (sendaloka bersama Osbon Maharajalawak), bicara hijrah bersama Iwan Syahman & Radzi, ceramah wakaf oleh PU Yeop, penyampaian sumbangan kepada pusat anak yatim, baucer persekolahan, sumbangan kepada NGO Islam pusat tahfiz dan masjid dan pertandingan bercerita kisah-kisah anbia.

Perasmian penutup program ini disempurnakan oleh Yang Dipertua MAIPK, YBhg. Tan Sri Dato Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin. Turut hadir ialah YABhg. Tan Sri Dato Seri (Dr) Haji Harussani bin Haji Zakaria Mufti Kerajaan Negeri Perak dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, YBhg. Dr. Amiruddin bin Mohamed

Jumlah sumbangan yang diberikan semasa majlis tersebut adalah seperti berikut:-

BIL

PENERIMA BANTUAN

JUMLAH (RM)

1.

SUMBANGAN DAN TAJAAN KEPADA ORGANISASI ISLAM (18NGO x RM8,000)

RM144,000.00

2.

SUMBANGAN KEPADA PENGURUSAN RUMAH ANAK-ANAK YATIM ( 22 BUAH RUMAH ANAK YATIM)

RM240,000.00

3.

BANTUAN PERSEKOLAHAN ANAK YATIM 1000 ANAK YATIM x RM150(BAUCER MYDIN)

RM150,000.00

4.

BANTUAN KEPADA MAAHAD TAHFIZ (PERSENDIRIAN) DAN PERALATAN ICT KEPADA MASJID

RM233,000.00

5.

BANTUAN PERSEKOLAHAN ANAK YATIM (BEG SEKOLAH)

RM28,200.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM795,200.00

Melalui acara-acara yang dijalankan, ianya mampu menarik masyarakat supaya lebih mengenali MAIPk serta turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.