• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Waqaf Perak Ar-Ridzuan Wakaf Bot Lawatan Kerja Ke UniKl MIMET Dan Tanjung Serantau

Waqaf Perak Ar-Ridzuan Wakaf Bot Lawatan Kerja Ke UniKl MIMET Dan Tanjung Serantau

Satu Lawatan Kerja Majlis Agama Islam dan `Adat Melayu Perak (MAIPk) ke Universiti Kuala Lumpur MIMET (UniKL), Lumut dan Tanjung Serantau, Tanjung Kepah Lekir telah diadakan pada 11 April 2017 bagi merealisasikan Projek Wakaf Bot Waqaf Perak Ar-Ridzuan. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi membincangkan tentang cadangan pembinaan bot menangkap ikan untuk kegunaan nelayan-nelayan kawasan Manjung Selatan. Antara perkara yang dibincangkan adalah kategori bot, struktur bahan, enjin, aksesori bot serta peralatan menangkap ikan yang bersesuaikan untuk digunakan oleh para nelayan bagi memudahkan mereka untuk menangkap ikan. Pihak MAIPk merancang untuk membeli dua buah bot pada tahun ini dan salah satunya akan diserahkan kepada Persatuan Nelayan Kawasan Manjung Selatan. Lawatan ini diketuai oleh Dr Amiruddin bin Muhamed, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk.















.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.