Menyantuni Penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIPk

11 April 2017, Pengkalan - Skuad Prihatin Asnaf(SPA) MAIPk telah menziarahi En.Mohd Firdaus bin Mohamad Nor yang telah terlibat kemalangan jalan raya serta mengakibatkan kaki beliau patah.
Beliau merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIPk dan kemalangan ini menyebabkan beliau tidak mampu berkerja dan hilangnya mata pencarian bagi seisi keluarga serta hanya bergantung kepada bantuan bulanan MAIPk semata-mata.
Pihak SPA MAIPk telah memberi bantuan segera kepada keluarga in idan semoga bantuan tersebut dapat menampung kos sara hidup mereka sekeluarga. Semoga En. Firdaus turut diberi kesembuhan dan mampu bekerja semula.

(Sumber: FB Zakat Perak-MAIPk)







.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.