Taklimat Prosedur Pengagihan Wang Zakat Felcra Berhad Seberang Perak

Kg. Gajah, 7 Ramadan 1433H, Felcra Berhad Kampong Gajah dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Daerah Kampong Gajah mengadakan penerangan dan perbincangan bersama mengenai Prosedur Pengagihan Wang Zakat kepada Jawatankuasa Zakat FELCRA Berhad, Seberang Perak. FELCRA Berhad Seberang Perak merupakan suatu agensi saban tahun menyerahkan zakat tanaman padi kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Daripada jumlah zakat yang diberikan kepada MAIPk, sebanyak 3 asnaf iaitu Miskin, Amil dan Fisabilillah dikembalikan kepada Felcra Berhad Seberang Perak untuk diagihkan kepada peneroka Felcra Seberang Perak bagi mewakili pihak MAIPk.
Program ini dipengerusikan oleh Tuan Hj. Abdul Mutalib bin Tais, Timbalan Pengurus Besar Wilayah FELCRA (Seberang Perak). Taklimat berkaitan Prosedur Pengagihan Wang Zakat disampaikan oleh A.F Ustaz Bakri bin Lee, Penolong Setiausaha Bahagian Zakat, MAIPk. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan garis panduan kepada ahli jawatankuasa agar setiap kelulusan dan pengagihan wang zakat disalurkan kepada asnaf yang layak serta menepati tuntutan syariat Islam berpandukan Had al-Kifayah (Kaedah Pengukuran Fakir dan Miskin) yang telah ditetapkan oleh MAIPk bagi penduduk Islam di Negeri Perak.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.