Bengkel Penyelenggaraan Buku Log Kenderaan

Ipoh - 12April 2017(Rabu)- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Bengkel Penyelenggaraan Buku Log Kenderaan. Bengkel tersebut telah diadakan di Hotel Seri Malaysia, Ipoh. Bengkel selama satu hari tersebut telah dihadiri oleh seramai 52 orang pekhidmat MAIPk yang terdiri daripada pemandu dan pekhidmat MAIPk yang diberikan kebenaran untuk memandu kenderaan milik MAIPk. Ianya bertujuan untuk memantap dan meningkatkan kemahiran dari segi menyelenggara dan merekod buku log kenderaan. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Ustaz Mohd Haidi bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Semoga bengkel tersebut dapat memberikan input yang berguna dalam aspek merekod dan pengurusan buku log kenderaan.








.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.