Ziarah Asnaf di Pemukiman MB Daerah Hilir Perak

18-20 April 2017 Sempena Program Pemukiman MB di Daerah Hilir Perak, MAIPk turut bersama sama terlibat dalam beberapa program antaranya ziarah saudara baru. Program kerjasama antara MAIPK melalui Skuad Prihatin Asnaf dan Pejabat MAIPk Teluk Intan, Bahagian Dakwah JAIPk dan PICOMS (Pusrawi International College Of Medical Sciences) itu telah melawat dan menyantuni 10 orang saudara baru di sekitar Teluk Intan. YB. Dato Drs. Mohd. Nizar bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri Perak turut sama dalam program ziarah ini. Sepanjang program tersebut, pihak PICOMS turut membuat pemeriksaan kesihatan dan khidmat nasihat secara percuma.

Selain itu, Skuad Prihatin Asnaf MAIPk, Bahagian Dakwah JAIPk dan PICOMS turut menziarahi masyarakat Orang Asli di Perkampungan Orang Asli Pengkalan Daun. Bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Pengkalan Daun, PICOMS telah menyediakan kaunter pemeriksaan kesihatan dan khidmat kesihatan percuma. Selain itu YB. Dato Drs. Mohd. Nizar bin Zakaria juga telah menyampaikan bantuan asas kepada penduduk penduduk kampung.



















.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.