Kelas Bahasa Persediaan Imtihan Qabul

Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menyediakan satu platform persediaan kepada pelajar tajaan dibawah Skim Dermasiswa Luar Negara MAIPk dengan menyediakan kursus bahasa arab sebagai persediaan kepada pelajar-pelajar tersebut sebelum Imtihan Qabul.
Perbincangan MAIPk bersama pihak Atase Timur Tengah telah mempertimbangkan kursus bahasa tersebut diadakan di Mesir. MAIPk telah melantik Aleem Centre For Learning Arabic untuk mengendalikan Kursus Bahasa Arab tersebut dan dijalankan di Pusat Pengajian Bahasa Arab Sheikh AlZayyat di bawah Universiti Al-Azhar.
Semoga pelajar-pelajar tersebut dapat menimba ilmu sebaik mungkin dan akhirnya lulus Imtihan Qabul serta layak memasuki tahun pertama pangajian mereka.
(Sumber: FB Zakat Perak-MAIPk)








.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.