Telekom Malaysia serah zakat perniagaan kepada MAIPk

IPOH, 15 MEI 2017 Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Telekom Malaysia (TM) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk). Di dalam majlis ini pihak TM yang diwakili oleh Tuan Haji Badrul Hisham Bahari, Pengurus Besar TM Negeri Perak menyerahkan cek zakat perniagaan bagi tahun 2016 berjumlah RM225,141.00. Cek zakat ini telah diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr. Amiruddin Muhamed. Semoga dengan penyerahan cek zakat perniagaan ini organisasi dan perniagaan pihak TM terus berkembang maju dan golongan asnaf terus dibela.








.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.