• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Bengkel Mengurangkan Risiko Kesilapan Kerja-Kerja Kewangan MAIPk

Bengkel Mengurangkan Risiko Kesilapan Kerja-Kerja Kewangan MAIPk

Ipoh, 19 Mei 2017 (Jumaat) - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Bengkel Mengurangkan Risiko Kesilapan Kerja-Kerja Kewangan untuk pekhidmat-pekhidmat MAIPk yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja yang melibatkan dokumen dan prosedur kewangan. Bengkel tersebut telah diadakan di Hotel Seri Malaysia, Ipoh. Bengkel selama satu hari tersebut telah dihadiri oleh seramai 65 orang pekhidmat MAIPk dari ibu pejabat dan daerah. Ianya bertujuan untuk memberikan pendedahan terhadap kesan-kesan kesilapan yang berlaku terhadap proses kerja yang terlibat. Aspek-aspek yang melibatkan kualiti kerja juga diberkan penekanan semasa bengkel tersebut. Semoga bengkel tersebut dapat memberikan input yang berguna dalam aspek kerja yang melibatkan dokumen dan prosedur kewangan.











.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.