• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Lawatan Dato€ Akauntan Negara Malaysia Ke MAIPk

Ipoh, 23 Mei 2017 (Selasa) - Majlis Agama Islam danAdat Melayu Perak (MAIPk) telah menerima kunjungan daripada delegasi Jabatan Akauntan Negara Malaysia. YBhg Dato Che Pee bin Samsudin, Akauntan Negara Malaysia telah mengetuai lawatan tersebut yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Turut bersama YBhg Dato Akauntan Negara Malaysia ialah Timbalan Akauntan Negara Malaysia (Korporat), Dr Yaacob bin Mustafa. YBrs. Dr.Amiruddin bin Muhamed, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengetuai pegawai-pegawai dari MAIPk semasa majlis pertemuan tersebut. Tujuan perjumpaan adalah bagi bertukar pandangan berkaitan pembangunan wakaf, zakat dan baitulmal di negeri Perak. Encik Ariff bin Apandi selaku Pengurus Besar, Bahagian Kewangan MAIPk telah membentangkan dasar-dasar perakaunan yang diamalkan di MAIPk. Semoga kerjasama antara kedua-dua agensi dapat diperkukuhkan pada masa hadapan.









.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.