• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyerahan Cek-Cek Zakat dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

Majlis Penyerahan Cek-Cek Zakat dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

Kuala Kangsar - Majlis Penyerahan Cek-Cek Zakat dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah diadakan pada 1 Jun 2017 bertempat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada 9 syarikat dan agensi yang berjumlah RM15,136,560.60.

Lembaga Air Perak yang diwakili oleh Pengurus Besar, YBhg. Dato Ir Mohd Yusof Bin Mohd Isa telah menyerahkan zakat sebanyak RM7,196,000.00. Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) yang diwakili oleh YB Dato Haji Saarani Bin Mohamad,Ahli Lembaga Pengarah (SADC) menyerahkan zakat sebanyak RM1,846,239.57. Encik Zulkarnain Bin Md Eusope, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad Wilayah Perak mewakili FELCRA Berhad Wilayah Perak pula telah menyerahkan zakat sebanyak RM1,524,794.95 dan sebanyak RM1,462,460.75 pula diterima daripada Lumut Maritime Terminal Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mubarak Ali Bin Gulam Rasul.
Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) yang diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan telah menyerahkan zakat sebanyak RM1,182,760.06.PKEINPk Sdn. Bhd. pula telah menyerahkan zakat sebanyak RM1,128,000.00 yang diwakili oleh Pengerusi, YBhg. Dato Dr. Mohamad Hashim Bin Ahmad Tajudin. KPJ Healthcare Berhad pula menyerahkan zakat sebanyak RM345,000.00 yang diwakili oleh Pengarah Eksekutif, KPJ Ipoh Specialist Hospital. Manakala ,sebanyak RM134,387.70 pula diterima daripada Pertubuhan Peladang Kawasan Seberang Perak yang diwakili oleh Encik Md. Saad Bin Harun, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah dan sebanyak RM47,200.10 pula diterima daripada Pertubuhan Peladang Kawasan Kampong Gajah yang diwakili oleh Pengerusi, Tuan Haji Nurdin Bin Mat Isa.

Sultan Nazrin kemudiannya berkenan menyerahkan cek-cek pembayaran zakat berkenaan kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak (MAIPk), Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin.




















.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.