• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyerahan Cek-Cek Zakat dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

Majlis Penyerahan Cek-Cek Zakat dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

Kuala Kangsar - Majlis Penyerahan Cek-Cek Zakat dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah diadakan pada 10 Jun 2017 bertempat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada 6 syarikat dan agensi yang berjumlah RM1,547,143.28.

Pertubuhan Peladang Negeri Perak yang diwakili oleh Pengerusi AJP PPN, YBhg. Dato Haji Nadzri Bin Haji Ismail telah menyerahkan zakat sebanyak RM558,679.00. Ladang MOCCIS Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Encik Ashran Bin Haji Idris, Pengerusi menyerahkan zakat sebanyak RM319,229.75. Encik Zolkepli Bin Samuri, Pengerusi Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak Berhad mewakili Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak Berhad pula telah menyerahkan zakat sebanyak RM289,594.66.
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang diwakili oleh Naib Presiden ANGKASA, YB Dato Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan telah menyerahkan zakat sebanyak RM158,890.11.Koperasi Guru Melayu Perak Berhad pula telah menyerahkan zakat sebanyak RM1,128,000.00 yang diwakili oleh Pengerusi, Encik Abdul Halim Bin Abbas dan sebanyak RM112,710.09 pula diterima daripada Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) yang diwakili oleh Pengerusi, Encik Razmi bin Hashim.
Sultan Nazrin kemudiannya berkenan menyerahkan cek-cek pembayaran zakat berkenaan kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak (MAIPk), Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin.
















.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.